Monday, 23 January 2017

SELAMAT TAHUN BAHARU 2017

Mesyuarat Persediaan Awal Menghadapi Pembukaan Sesi Persekolahan 2017.

  • LADAP KSSR (Semakan 2017), KSPK, Linus2.0 (Semakan 2017), CEFR dan Taklimat awal Pentaksiran Sekolah (PS) telah diadakan pada 26 Disember 2017.
  • Mesyuarat Guru, MKS, MHEMS dan MKKS telah diadakan pada 27 dan 28 Disember 2016
Pendaftaran Kemasukan Murid ke Tahun 1, 2017, Ujian Diagnostik Tahun 1 dan Taklimat Khas kepada Ibu Bapa/Penjaga Murid Tahun 1 telah diadakan pada 29 Disember 2016.

Proses pembayaran dan Pembelian Keperluan persekolahan 2017 bagi murid-murid Tahun 1 hingga 6 juga diadakan pada 29 Disember 2016.

Sesi gotong-royong penyediaan bilik-bilik darjah dan bilik khas  telah dijalankan pada Sabtu, 31 Disember 2016.

Tahniah kepada semua warga SK LKTP Maokil 1 atas pembukaan sesi persekolahan 2017 bermula pada Ahad, 01 Januari 2017. Perjalanan Perhimpunan Rasmi Hari Pertama juga berlangsung dengan jayanya.  Guru-guru juga telah menunjukkan komitmen dengan baik pabila mula melaksanakan PdP bermula masa ke3 hari pertama.

Tahniah... Tahniah... hari ini 24 Januari 2017, hari persekolahan ke 18... perjalanan tetap cantik dan berkesan.

Program 1st yang dijalankan adalah MERENTAS DESA 1M1S pada 17 Januari 2017.

Pada 23 Januari 2017... PENETAPAN TARGET UPSR 2017 bagi calon-calon UPSR dan juga Ibu Bapa/Penjaga Calon. Tahniah kepada semua.

Semoga apa yang dirancangkan pada tahun ini memberikan pulangan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
TAHNIAH KEPADA KEBITARAAN BAHASA MELAYU DAN KEBITARAAN SOFBOL
PENCAPAIAN UPSR 2016

Sunday, 24 July 2016

PROGRAM YANG TELAH BERLANGSUNG JUN & JULAI 2016

Antara aktiviti@program yang telah dijalankan pada Jun & Julai 2016 adalah seperti berikut;

  1. Dialog Prestasi UPSR Bil. 03/2016 telah dijalankan pada 23 JUN 2016 (Khamis) bersama ibu bapa/penjaga, guru dan murid-murid dengan dikendalikan oleh GPK1, Tn. Hj. Amer bin Hamzah.
  2. Majlis Iftar (Berbuka Puasa), Solat Tarawih dan Solat Hajat UPSR telah diadakan pada 29 JUN 2016.
  3. Majlis Khatam AlQuran diadakan pada 30 JUN 2016 (Khamis) jam 8.00 pagi dan diikuti dengan Pemberian Duit Raya kepada semua murid-murid pada jam 12.00 tengahari.
  4. Penilaian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM (JNJK) bagi Tawaran Baharu Pengetua Guru Besar (TBPGB) Tahun 2015 telah diadakan pada 20 JULAI 2016 (Rabu) jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang.
  5. Aktiviti Pengagihan Bantuan KWAMP telah dibuat pada hari Khamis, 21 JULAI 2016 jam 11.00 Pagi.
  6. Teknik Menjawab Kertas Soalan Sains UPSR telah diadakan pada 22 JULAI 2016 (Jumaat) jam 8.30 pagi untuk murid-murid Tahun 5 dan 6 dengan penceramah undangan, Tn. Hj. Mohd. Sufian bin Hashim dari SK Cannosian Convent, Segamat.
Sekian, Terima kasih.

Tuesday, 26 April 2016

PROGRAM BERSAMA FELDA WILAYAH SEGAMAT....

Dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan FELDA Wilayah Segamat telah mengadakan 02 Program Khusus kepada sekolah-sekolah Dalam FELDA Wilayah Segamat yang dianggotai oleh 26 buah sekolah rendah.

  1. Program Dialog Peningkatan Prestasi Mata pelajaran UPSR 2016 bagi guru-guru UPSR. Setiap sekolah diminta menghantar 06 orang guru UPSR menjadikan jumlah seramai 156 orang peserta. Program ini telah dijalankan pada:
  • 09 April 2016 (Sabtu) jam 9.00 Pagi bertempat di SK LKTP Maokil 1.
  • Dirasmikan oleh Tn. Haji Badrulhisham bin Abd Kadir, Penolong Pengarah PPTV, KPM.
  • Urusetia oleh En. Saiful Bahrin dan En. Noor Azam, Penolong Pengarah PPTV, JPN Johor
  • turut serta semua PPDTV PPD Segamat, Muar, Tangkak, Kluang, Batu Pahat, Kulai, Mersing dan Kota Tinggi.
  • program selesai jam 1.30 petang.
2.  Program Dialog Prestasi UPSR Sekolah-sekolah Dalam FELDA Wilayah Segamat telah diadakan pada 12 April 2016 jam 8.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, PPD Segamat yang dipengerusikan oleh SIP+ PPD Batu Pahat. Semua GB diwajibkan hadir. Semua sekolah diminta menyediakan bahan pembentangan mengikut template yang disediakan. 03 sekolah membuat pembentangan iaitu SK LKTP Kemelah, SK LKTP Pemanis 2 dan SK LKTP Maokil 1. program selesai jam 1.30 petang.

Tahniah kepada Unit Pendidikan FELDA Wilayah Segamat atas usaha-usaha yang dijalankan bagi memastikan kelestarian kecemerlangan pendidikan UPSR di peringkat kebangsaan.

Terima Kasih.

AUDIT AKADEMIK BIL. 02 TAHUN 2016...

Badan Kecemerlangan UPSR Tahun 2016 telah melaksanakan program Audit Akademik Bil.2 Tahun 2016 @ Dialog Prestasi kepada semua Ibu Bapa/ Penjaga, Guru-guru dan Calon-calon UPSR SK LKTP Maokil 1 pada 21 April 2016 bertempat di dewan Bestari, jam 8.30 pagi.

Dialog ini dibuat berdasarkan pencapaian murid pada bulan April 2016 iaitu perkembangan dari TOV ke UPPM1 (OTI1), BK1 dan BK2 menuju ke ETR 2016. Berdasarkan 3 siri ujian itu bolehlah disimpulkan bahawa pencapaian murid dan pencapaian mata pelajaran berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran (target) yang ditetapkan pada tahun ini.

Diharapkan agar semua pihak yang terlibat secara langsung iaitu Ibu Bapa/Penjaga, Guru-guru dan Anak-anak itu sendiri dapat melipatgandakan USAHA bagi merealisasikan IMPIAN Menggapai KEJAYAAN 2016...

Tahniah... Tahniah... Tahniah.
Terima Kasih.

MAJLIS ANUGERAH INOVASI 2015 PPD SEGAMAT.....

Majlis Anugerah Inovasi 2015 PPD Segamat telah diadakan pada 18 April 2016 bertempat di Hotel Villa, Segamat dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Rakyat dan Bank Islam Cawangan Segamat.

SK LKTP Maokil 1, Segamat menerima 08 Anugerah dalam majlis tersebut. Anugerah-anugerah itu ialah:

  1. GPS UPSR Terbaik Bagi MP Matematik SK.
  2. GPS UPSR Terbaik Bagi MP Sains SK
  3. GPS UPSR Terbaik Keseluruhan 
  4. Kedudukan (Ranking) Sekolah Terbaik Berdasarkan SKPM NKRA
  5. Band Prestsi Sekolah di Kedudukan Band 1
  6. Melestarikan Band Prestasi Sekolah, Band 1 Tahun 2011 - 2015
  7. Sekolah Kluster Kecemerlangan SR
  8. Pelaksanaan penuh eSPKWS.
Tahniah diucapkan kepada semua warga SK LKTP Maokil 1 di atas kejayaan ini yang melengkapkan 03 Anugerah yang diterima sebelum ini, iaitu;

  1. Sekolah Terbaik UPSR Bagi Sekolah Dalam FELDA Negeri Johor.
  2. Sekolah Terbaik UPSR Bagi Sekolah Dalam FELDA Kebangsaan.
  3. Pencapaian Cemerlang UPSR Bagi Sekolah Kluster kecemerlangan (SKK) Tahap C.
Tahniah... Tahniah... Tahniah.
Terima Kasih.